ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA
BERMINAT JADI GURU?

Anda berminat menjadi GURU / PENDIDIK? Mesti ramai yang kecewa kerana KPLSPM yang popular dahulunya maktab perguruan, bermula untuk pengambilan 2013 permohonan tidak lagi diiklankan dan dimohon.

Permohonan KPLSPM atau Kursus Perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebaliknya dibuka kepada semua lepasan SPM dengan memberi peluang kepada semua pelajar SPM menjawab soalan M-Test.

Menurut sumber, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi mengambarkan pengambilan KPLSPM adalah dengan semua pelajar lepasan SPM akan mengambil ujian M-Test diakhir peperiksaan nanti. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.

Bagi lepasan IJAZAH juga, mungkin ramai yang kecewa kerana sistem pengambilan KPLI bermula sesi 2013 juga telah diubah.Baru-baru ini menurut sumber, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi ada menyebut tentang KPLI ini yang mana ada disiarkan di akhbar dan media masa. Menurutnya pengambilan KPLI ini akan ditawarkan pengambilannya kepada 30% lepasan ijazah yang cemerlang. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, ia akan ditawarkan kepada 30 peratus graduan yang memperoleh keputusan terbaik

No comments: